PROGRAM | PROSPEK KERJAYA | TEMPOH |
P10M01:PENGENDALIAN PEJABAT
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pengendalian pejabat khususnya dari aspek tugas-tugas am pejabat, perkhidmatan pelanggan, penyelenggaraan rekod dan fail dan pengurusan mesyuarat. Pelajar juga didedahkan dengan situasi sebenar berkaitan pengurusan pejabat melalui lawatan ke organisasi tertentu.
| Kerani Am | 5 bulan |
P10M02:PENGENDALIAN SUMBER MANUSIA
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pengendalian sumber manusia. Pelajar akan didedahkan dengan tatacara pengambilan pekerja, prosedur pengesahan jawatan, latihan dan pembangunan staf dan penilaian prestasi melalui aktiviti lawatan ke jabatan-jabatan sumber manusia.
| Pembantu Pengurusan Sumber Manusia | 5 bulan |
P10M03:PENGENDALIAN PEMASARAN
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi mengendalikan aktiviti pemasaran sesuatu produk. Mengenalpasti persekitaran pemasaran, aplikasi strategi pemasaran dan perkhidmatan pelanggan merupakan aspek yang diberi penekanan dalam pengendalian pemasaran. Pelajar juga akan didedahkan dengan teknik pemasaran melalui e-dagang dan pelaksanaan promosi jualan yang sesuai bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan sepanjang kursus.
| Pembantu Pemasaran | 5 bulan |
P10M04:PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pembangunan perniagaan. Penekanan arena pembelajaran kursus meliputi tatacara penubuhan perniagaan, pengurusan profil perniagaan, penyediaan rancangan perniagaan dan penyediaan dokumen sumber. Pelajar juga akan didedahkan kepada teknik pemasaran melalui e-dagang dan lawatan ke projek usahawan yang berjaya.
| Usahawan/Peniaga | 6 bulan |