SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
KETERANGAN KURIKULUM KEMAHIRAN BERMODULAR KEBANGSAAN
PENGENALAN
Ia merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa.
KETERANGAN KURIKULUM KEMAHIRAN BERMODULAR KEBANGSAAN
PENGENALAN
Ia merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa.
KEISTIMEWAAN SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
Latihan berasaskan pada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan. - Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan.
- Berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kemahiran melalui modul-modul yang ditawarkan.
- Penilaian dilaksanakan bersama badan profesional dan agensi-agensi kerajaan.
- Berpeluang untuk melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi kepada mereka yang layak.
- Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran.
- Program ini dapat meningkatkan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling) dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat
SYARAT KELAYAKAN
- WARGANEGARA MALAYSIA
- Terbuka kepada calon yang berumur 17 tahun ke atas termasuk Pesara Kerajaan / Warga Emas / Belia / Lulusan Universiti / Lepasan Sekolah.
- Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran.
- Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.
PERLAKSANAAN
Pengajian dijalankan secara:- SEPENUH MASA - setiap hari (ISNIN hingga JUMAAT) atau (AHAD hingga KHAMIS).
- SEPARUH MASA - setiap hujung minggu (SABTU dan AHAD) atau (JUMAAT dan SABTU). - DIBEKUKAN SEMENTARA
YURAN PENGAJIAN
- PROGRAM SEPENUH MASA - RM 10.00 sebulan.
- PROGRAM SEPARUH MASA - RM 50.00 sebulan. - DIBEKUKAN SEMENTARA
PENGAMBILAN
Pengambilan pada bulan JANUARI dan JULAI setiap tahun. Permohonan Kemasukan boleh dibuat secara dalam talian (Online) di laman sesawang (web) - www.jpkk.edu.my ATAU menghubungi Kolej Komuniti yang berdekatan.